welcome note 1

 

News & Events

Jadual Waktu Semester 1 2014-2015 (2)

Sila klik link dibawah ini untuk memuat turun Jadual Waktu bagi Semester 1 2014-2015

Jadual Waktu Sem 1 2014-2015

 

Opportunities for a Master of Science (Pharmaceutical Technology) degree through research

Please click here for more details.

Welcome to new lecturer

Please be informed that our School has received a new lecturers as follows:

Name: Dr. Lim Ching Jou
Disciplines: Social & Administrative Pharmacy      Ext No. : 4725    Room No. : -

News Highlight 1

World QS Universities Ranking

 

Setinggi-tinggi tahniah buat Pusat Pengajian Sains Farmasi, USM,  kerana tersenarai dalam 100 terbaik dalam dunia untuk bidang Farmasi oleh World QS Universities Ranking bagi tahun 2014. 

http://www.topuniversities.com/university-rankings/university-subject-rankings/2014/pharmacy#sorting=rank+region=+country=+faculty=+stars=false+search=

qs university ranking-1a

qs university ranking-2a

http://www.theguardian.com/education/ng-interactive/2014/aug/12/-sp-qs-world-university-rankings-2014-pharmacy

qs world university rankings 2014 -1

qs world university rankings 2014 -2

 


MAYAT PEKERJA LOJI DITEMUI

 

MAYAT PEKERJA LOJI DITEMUI

sasd

Di Pulau Pinang, kedua-dua pekerja kontraktor pembersihan pembentungan, yang maut setelah terperangkap di dalam lubang sedalam 15 meter semalam, sudah ditemui. Mayat Rashidi Rosli, 20 tahun, dan Zakaria Ahmad, 32 tahun, ditemui anggota bomba dan penyelamat yang digegaskan ke lokasi. Kedua-duanya memulakan kerja pembersihan seawal 9 pagi semalam, di hadapan kawasan perumahan Marina Bay di Bagan Jermal. Kehilangan mereka hanya disedari rakan-rakan lain, setelah mereka tidak menyahut panggilan dibuat. Kedua-dua mangsa, pekerja kontrak Syarikat Indah Water Konsortium, IWK. Menurut polis, mayat Rashidi ditemui jam 1.02 minit petang berhampiran lokasi kejadian sementara mayat Zakaria, ditemui 9.30 malam tadi, di Loji Rawatan Kumbahan Kampung Bagan Jermal. 31 anggota bomba terbabit dalam operasi mencari ini. Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat sebelum dikebumikan hari ini. Punca kejadian masih disiasat. (SUMBER:BERITA TV3)

News Highlight 2


EKSTRAK KACIP FATIMAH BANTU TURUN BERAT BADAN


IMG 3623

PULAU PINANG, 2 Februari 2014 – Jika kacip Fatimah sebelum ini lebih sinonim dengan khasiatnya yang membantu memberikan tenaga kepada penggunanya, kini manfaat herba itu turut dibuktikan berupaya menurunkan berat badan seseorang.

Sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF), Universiti Sains Malaysia (USM) menghasilkan inovasi unik ekstrak formulasi nano terpiawai daripada herba kacip fatimah yang menunjukkan potensinya dalam merencat penghasilan lemak dalam badan.

Menurut ketua penyelidik produk yang dikenali sebagai Labeesity itu, Profesor Zhari Ismail, produk tersebut diformulasikan bagi membantu proses pengawalan berat badan melalui fungsinya dalam mengekang pengumpulan lemak dalam badan.

IMG 3634

Katanya, berdasarkan kajian perbandingan dengan produk sedia ada dalam pasaran, Labeesity juga bertindak lebih efisien termasuk membantu mengawal selera makan seseorang, mempunyai kesan perlindungan terhadap penyakit hati berlemak dan sebagainya.

``Labeesity dihasilkan dalam bentuk kapsul dengan menggunakan ekstrak kacip Fatimah 100 peratus. Walaupun bahan asasnya adalah herba yang sinonim dengan kaum wanita namun golongan lelaki juga boleh mengambilnya untuk menjaga kesejahteraan tubuh badan,’’ ujarnya.

IMG 3647

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas bagi memperincikan produk emas itu yang dipengerusikan oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman di sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Dekan PPSF, Profesor Munavvar Zubaid Abdul Sattar dan pasukan penyelidik PPSF.

Tambah Zhari, Labeesity turut melalui pemiawaian secara kualitatif dan kuantitatif selain menepati pemiawaian pembangunan ubat-ubatan herba yang konsisten dari aspek biologi dan profil kimia serta kawalan kualiti dalam pengeluaran dan pembuatan.

``Labeesity juga selamat untuk digunakan sebagai suplemen dan ia telah diproses mengikut garis panduan yang terdapat dalam Malaysian Standard bagi memastikan keselamatan, keberkesanan dan kualiti ubat-ubatan herba.

IMG 3659

Dalam pada itu, Omar pula berkata, masalah obesiti adalah masalah kesihatan yang menghantui pelbagai lapisan masyarakat termasuk lelaki, wanita, kanak-kanak dan sebagainya. Ia juga adalah masalah kesihatan global.

IMG 3667

``USM sentiasa komited dalam membangunkan pelbagai produk penyelidikan yang dapat membantu dalam mensejahterakan kehidupan masyarakat, sekaligus memberi satu wadah dalam pemindahan ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh dunia,’’ ujar beliau.

Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

Contact Us

Dean

School of Pharmaceutical Sciences
Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
Tel   : +604-6532211
Fax  : +604-6570017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

668465
Today
This Week
This Month
All days
320
3695
320
668465

Today: Nov 01, 2014

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia and School of Pharmaceutical Sciences shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Best viewed : Firefox3  |  IE 7 [1280 x 1024 ]
Copyright © 2013 School of Pharmaceutical Sciences.

Site Login