pha2

BANNER selamat datang farmasi

welcome note 1

 

News & Events

Jadual Waktu Semester 1 2014-2015 (2)

Sila klik link dibawah ini untuk memuat turun Jadual Waktu bagi Semester 1 2014-2015

Jadual Waktu Sem 1 2014-2015

 

USM researchers create nano-formulated herbal extract supplement

Please click here to read more.

News Highlight


Misai kucing tangani masalah sakit sendi

 



 

PULAU PINANG 20 Mei - Sekumpulan penyelidik daripada Pusat Pengajian Sains Farmaseutikal Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan sejenis ejen anti radang baharu berasaskan tumbuhan misai kucing yang mampu menangani masalah radang dan sakit sendi.

Ketua Penyelidik, Dr. Yam Mun Fei berkata, secara asasnya inovasi yang dinamakan ‘Eusinorthec’ itu merupakan proses pengekstrakan sejenis unsur yang dinamakan flavanoid iaitu bahan kimia yang terdapat dalam tumbuhan misai kucing ataupun nama saintifiknya Orthosiphon stamineus.

Menurut beliau, penyelidikan itu berpotensi menjadi alternatif kepada ubat anti radang bukan steroid (NSAIDs) kontemporari yang dikenal pasti mempunyai beberapa kesan sampingan.

“Komponen semula jadi sinensetin dan eupatorin yang terdapat dalam unsur flavanoid didapati mampu merencatkan perkembangan gen radang dan komponen ini juga telah dikenalpasti sebagai kandungan aktif utama yang menyumbang kepada aktiviti antiradang dan antiatritis" katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Tambah beliau, setiap kapsul ‘Eusinorthec’ yang dihasilkannya mengandungi sebanyak 7,500 mikrogram sinensetin dan 11,750 mikrogram eupatorin.

Beliau menambah, penyelidikan itu mengambil masa lebih 10 tahun dan hasil ujian ke atas tikus makmal menunjukkan keputusan yang memberansangkan.

“Produk Eusinorthec ini turut memenangi anugerah emas dalam Pameran Penciptaan, Inovasi Dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) ke 25 baru-baru ini," katanya.

 

© Utusan Melayu (M) Bhd

 

JPSU - Jawatankuasa Perlindungan Sinaran

Fungsi

  • Mengenalpasti keperluan infrastruktur (termasuk keperluan kewangan  dan latihan) bagi melaksanakan secara berkesan program perlindungan sinaran di USM.
  • Memastikan program perlindungan sinaran yang diterimapakai adalah selaras dengan arahan dan kehendak AELB seterusnya dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pekerja sinaran.

Keahlian

Pengerusi     :Timbalan Naib Canselor  (Penyelidikan & Pembangunan) selaku Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL)
Setiausaha :Pegawai Perlindungan Sinaran Universiti
Ahli - ahli :Penyelia Sinaran / wakil - wakil setiap PTJ yang mempunyai sinaran
mengion   :Penyelia Sinaran Kampus Kejuruteraan / kesihatan

 

 

 

News Highlight


EKSTRAK KACIP FATIMAH BANTU TURUN BERAT BADAN


IMG 3623

PULAU PINANG, 2 Februari 2014 – Jika kacip Fatimah sebelum ini lebih sinonim dengan khasiatnya yang membantu memberikan tenaga kepada penggunanya, kini manfaat herba itu turut dibuktikan berupaya menurunkan berat badan seseorang.

Sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF), Universiti Sains Malaysia (USM) menghasilkan inovasi unik ekstrak formulasi nano terpiawai daripada herba kacip fatimah yang menunjukkan potensinya dalam merencat penghasilan lemak dalam badan.

Menurut ketua penyelidik produk yang dikenali sebagai Labeesity itu, Profesor Zhari Ismail, produk tersebut diformulasikan bagi membantu proses pengawalan berat badan melalui fungsinya dalam mengekang pengumpulan lemak dalam badan.

IMG 3634

Katanya, berdasarkan kajian perbandingan dengan produk sedia ada dalam pasaran, Labeesity juga bertindak lebih efisien termasuk membantu mengawal selera makan seseorang, mempunyai kesan perlindungan terhadap penyakit hati berlemak dan sebagainya.

``Labeesity dihasilkan dalam bentuk kapsul dengan menggunakan ekstrak kacip Fatimah 100 peratus. Walaupun bahan asasnya adalah herba yang sinonim dengan kaum wanita namun golongan lelaki juga boleh mengambilnya untuk menjaga kesejahteraan tubuh badan,’’ ujarnya.

IMG 3647

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas bagi memperincikan produk emas itu yang dipengerusikan oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman di sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Dekan PPSF, Profesor Munavvar Zubaid Abdul Sattar dan pasukan penyelidik PPSF.

Tambah Zhari, Labeesity turut melalui pemiawaian secara kualitatif dan kuantitatif selain menepati pemiawaian pembangunan ubat-ubatan herba yang konsisten dari aspek biologi dan profil kimia serta kawalan kualiti dalam pengeluaran dan pembuatan.

``Labeesity juga selamat untuk digunakan sebagai suplemen dan ia telah diproses mengikut garis panduan yang terdapat dalam Malaysian Standard bagi memastikan keselamatan, keberkesanan dan kualiti ubat-ubatan herba.

IMG 3659

Dalam pada itu, Omar pula berkata, masalah obesiti adalah masalah kesihatan yang menghantui pelbagai lapisan masyarakat termasuk lelaki, wanita, kanak-kanak dan sebagainya. Ia juga adalah masalah kesihatan global.

IMG 3667

``USM sentiasa komited dalam membangunkan pelbagai produk penyelidikan yang dapat membantu dalam mensejahterakan kehidupan masyarakat, sekaligus memberi satu wadah dalam pemindahan ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh dunia,’’ ujar beliau.

Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

Site Navigation

Contact Us

Dean

School of Pharmaceutical Sciences
Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
Tel   : +604-6532211
Fax  : +604-6570017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

627314
Today
This Week
This Month
All days
180
1269
1269
627314

Today: Sep 03, 2014

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia and School of Pharmaceutical Sciences shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Best viewed : Firefox3  |  IE 7 [1280 x 1024 ]
Copyright © 2013 School of Pharmaceutical Sciences.

Site Login